Asal pensyariatan badal haji adalah berdasarkan hadis Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata: “Adalah Al-Fadl bin Abbas r.a menunggang di belakang Rasulullah s.a.w , maka telah datang seorang wanita dari Khasa’m dan Al-Fadl melihat kepadanya dan wanita itu melihat kepadanya, maka Rasulullah s.a.w memalingkan wajah Al-fadl ke arah lain. Maka wanita itu bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kefarduan Allah ke atas hambanya pada haji telah sampai ke atas ayahku sedangkan dia seorang tua yang tidak mampu bermusafir, adakah aku perlu mengerjakan haji baginya? Jawab Baginda s.a.w: (Ya) . Dan ketika itu adalah haji wida’” Disepakat oleh Al-Bukhari dan Muslim dan lafaz hadis oleh Al-Bukhari.
Juga hadis yang diriwayatkan juga oleh Ibnu Abbas r.a:
“Bahawa seorang wanita dari Juhainah telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan
berkata: Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk mengerjakan haji, tetapi dia
tidak mengerjakannya sehinggalah dia meninggal dunia, adakah aku perlu
mengerjakan haji baginya? Jawab baginda s.a.w: (ya, kerjakanlah haji baginya,
apakah pandangan kamu jika ibumu mempunyai hutang adakah kamu perlu
melangsaikan hutang tersebut baginya? Langsaikan hutang Allah, kerana ia lebih
berhak ditunaikan” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari r.a
Upah : RM 1600 seorang
Pendaftaran : Daftar di sini
Kami menawarkan perkhidmatan upah haji bagi orang
yang telah meninggal dunia ataupun uzur. Badal Haji (upah haji) ini akan
dilaksanakan oleh kami atau petugas-petugas Malaysia yang berada di Mekah dan
Madinah.
Kami juga akan memberikan sijil khas yang dikeluarkan oleh
badan berkanun di Arab Saudi. Selain itu, hadiah & cenderahati setelah
selasai haji juga akan diberikan berupa telekung, kopiah, sejadah, tasbih,
minyak wangi dan air zamzam. Jenis hadiah ini bergantung kepada
mutawwif/petugas yang membadalkan haji tersebut.
Proses Perlaksanaan:-
- Pendaftaran online/di pejabat
- Pembayaran terus ke akaun atau temujanji.
- Pengesahan penerimaan bayaran.
- Perlaksanaan Badal Haji semasa musim Haji pada tahun berkenaan.
- Penghantaran Sijil Pengesahan dan hadiah dari pelaksana badal Haji.
Semoga Allah terima dan mengurniakan haji yang mabrur kepada orang
yang dihajikan, Insya-Allah Amin.