Ziarah Mekah

Dengan pakej Umrah kami juga para jemaah turut tidak akan melepaskan peluang sambil beribadah untuk menziarahi dan membuat lawatan yang kami sediakan seperti di:-

Jabal Thur













Gunung Thawr, Makkah juga gua yang digelar Ghar al-Thawr (harfiah Gua Lembu jantan), di sinilah Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Banu Quraish, peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah.Sebuah bukit dipuncalknya terdapat sebuah gua yang merupakan tempat persembunyian Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar Al Siddiq dalam perjalanan ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Jabal Rahmah 














Gunung Arafah atau Gunu(Bahasa Arab: جبل عرفات‎; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Makkah al-Mukarramah. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia. Mengikut sejarah tradisi Islam juga dipuncak bukit inilah dimana Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu kembali di bumi selepas diperintah Allah turun ke bumi. Ketinggian bukit ini adalah kira-kira 70 meter.

Padang Arafah










   


Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabar Rahmah beerti "Gunung Rahmat".

Muzdalifah









 




Muzdalifah (Bahasa Arab: مزدلفة‎) adalah suatu kawasan dari kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram (Masyair Haram). Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah adalah diminta untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah (menurut ulama Syafi`iah (Syafie) dan Hanabilah boleh dari setengah akhir malam pada hari Nahr) sampai waktu terbit matahari hari Nahr.

Mina
















Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji.

Jaaranah
















Antara tempat bermiqat untuk penduduk Mekah dan di sini jugalah tempat miqatnya Rasullullah SAW.

Jabal Nur
















Jabal an-Nour (Jabal Nur atau 'Bukit Nur'), (Bahasa Arab: جبل النور‎), yang bermaksud "Gunung Bercahaya". Gunung ini kira-kira 2 batu dari kota suci Makkah al-Mukarramah di Arab Saudi. Gunung ini menempatkan sebuah gua di lereng curam di puncaknya iaitu Gua Hira di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima wahyunya yang pertama dari Tuhan (bahasa Arab: Allah) dengan perantaraan Malaikat Jibril sebagai utusan dari Allah SWT.

Ladang Ternakan Unta
















Melawat ladang unta dan jangan lepaskan peluang untuk minum air susu unta serta bergambar sebagai kenang-kenangan.

Masjid Hudaibiyah 


 










Di masjid ini telah terjadinya satu perjanjian iaitu Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan orang kafir Quraisy. Pada masa itu, Rasulullah SAW terpaksa bertahallul dan menyembelih seekor kambing kerana dihalang untuk melakukan umrah.

Muzium Mekah

















Muzium Mekah mempunyai sejarah yang menceritakan kisah negara Islam yang diketahui oleh setiap Muslim di dunia khususnya berkaitan dengan sejarah islam, pembinaan kaabah, hajar aswad, Mekah dan Madinah.