“Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah”. (Al-Baqarah, 2:196)
Dan banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis sahih yang menunjukkan wajibnya menunaikan haji dan umrah. Hendaklah mensegerakan menunaikan haji bagi yang telah mampu, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
تَعَجَّلُوْا الْحَجَّ (يَعْنِيْ الْفَرِيْضَةَ) فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لاَ يَدْرِيْ مَا يَعْرِضُ لَهُ.
“Bersegeralah kamu menunaikan haji (haji yang wajib), kerana sesungguhnya seseorang dari kamu tidak mengetahui apa yang akan menimpa kepadanya”. (H/R Ahmad dan selain darinya)
Alhamdulillah...kami telah selamat tiba di Madinah setelah hampir seharian perjalanan kami dari Kuala Lumpur- Maldives-Jeddah-Madinah. Hebatnya Rasulullah SAW, hijrahnya hanya menaiki unta dengan beratapkan cuaca panas terik yang tidak menentu berlandaikan gunung berbatu tanah berpasir sejauh 473km. Lemahnya kita mengeluh perjalanan jauh dengan keadaan selesa dengan bas/flight berhawa dingin dan sebagainya. Allahumma solli 'ala Muhammad. Sungguh besar pengorbananmu.
Aktiviti kami diteruskan pada hari ini 28/12 setelah bersarapan di Hotel, kami menziarahi Masjid Quba untuk solat sunat dua rakaat bagi mendapatkan pahala Umrah. Serba sedikit tentang fadhilat di Masjid Quba.
Masjid Quba’ adalah masjid pertama dibina Rasulullah SAW sesampainya di Madinah Munawwarah. Quba’ diberi nama sempena nama telaga disitu. Oleh kerana masjid pertama dibina maka ia mempunyai keistimewaan walaupun tidak sebanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tapi ia tetap ada keunikannya.
Antara keunikannya ialah disebut dalam Surah al-Taubah bahawa bersolat di masjid ini lebih aula daripada solat di masjid satu lagi iaitu Masjid Dhirar yang dibina oleh geng munafiq. Dan lagi Allah menyebut adanya orang yang suka membersihkan diri mereka yang bersolat di situ. Bersih di sini bermakna suka bertaubat, istighfar, memohon ampun pada Allah. Semoga kita juga termasuk dalam golongan itu semasa kita bertandang ke Masjid Quba’.
لا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ (١٠٨)
Ertinya: Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Quba’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.
Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]
Alhamdulillah. Moga-moga Allah memberikan pahala Umrah pada kita serta merahmati kita dan menjadikan kita orang yang lebih bertakwa InsyaAllah..
Selepas solat sunat di Masjid Quba, jemaah dibawa menziarahi Maidan Uhud dan bukit Uhud serta menziarahi Maqam Sahabat yang syahid dalam peperangan Uhud.
Antara yang syahid di sini ialah bapa saudara kesayangan nabi SAW Saiyidina Hamzah bin Abdul Muttalib..
Mari kita sama-sama berdoa kepada semua yang syahid di Maidan Uhud ini..
" السلام عليكم يا اهل الديار وإنا إن شاء الله بكم للاحقون"
Bingkisan Kenangan bersama tetamu-tatamu Allah:-
Jemaah berada di dalam shuttle untuk pemeriksaan imigresen di terminal haji Jeddah |
Masjid Quba pandangan dari luar |
Jemaah bersama mutawwif Ust Nizam Noh dan Ust Mahayuddin |
Kenangan jemaah di Masjid Quba |
di Jabal Uhud gambar dari bukit Rumat |
akan bersambung....