Ziarah Madinah

Dengan pakej Umrah kami juga para jemaah turut tidak akan melepaskan peluang sambil beribadah untuk menziarahi dan membuat lawatan yang kami sediakan seperti di:-

Masjid Quba'










 




Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah] 


Bukit Pemanah di Jabal Uhud














Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, 'menewaskan' orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk dan turut mengorbankan bapa saudara kesayangan nabi Saiyidina Hamzah bin Abdul Muttalib.

Masjid Tujuh














 
Terletak di sekitar Masjid al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisy dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit/Ahzab). Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang sama sehingga disebut dengan Masjid Tujuh. 

Maidan Al-Ahzab












Perang Khandaq (Arab: غزوة الخندق, Ghazwah al-Khandaq, harfiah "pencerobohan parit") ialah peristiwa pengepungan Madinah selama lebih kurang empat minggu oleh suku-suku dalam kalangan orang Arab dan Yahudi yang bergabung, di mana ia bermula pada 31 Mac 627 M. Kekuatan pihak Gabungan dianggarkan seramai 10,000 orang, diiringi oleh 600 ekor kuda dan sebilangan ekor unta, manakala di pihak Madinah pula terdiri daripada 3,000 orang.


Masjid Qiblatain













Masjid Qiblatain (ertinya: masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. Masjid ini asalnya dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah. Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universiti Madinah berdekatan Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah.

Ladang Kurma














Kurma yang paling terkenal ialah kurma Rasulullah SAW iaitu Ajwa'. Benihnya ditanam sendiri oleh baginda. Riwayat Bukhari menyatakan sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa' pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu.

Muzium Madinah













 
Setiap negara mempunyai sejarah yang menceritakan, dan setiap bandar di dunia pasti mempunyai ciri-ciri sejarah yang tersendiri. Walau bagaimanapun, sejarah Madinah menceritakan kisah negara Islam yang diketahui oleh setiap Muslim di dunia khususnya berkaitan dengan sejarah islam, Mekah dan Madinah.