Mengenai Kami


Assalamualaikum wbt. Terima kasih melawat laman Massnizam Group Travel & Tours. Kami doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga yang tercinta.


Pengenalan

Massnizam Group Travel & Tours merupakan syarikat travel milik penuh Bumiputera Muslim Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pakej Umrah dan Haji di Mekah dengan kelebihan dan pengalaman yang menarik.
Diasaskan oleh Ustaz Mohd Nizam Bin Noh iaitu bekas graduan Muktah Universiti di Jordan, dan sekarang merupakan Guru Pendidikan Islam bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Beliau juga pernah bersama dengan banyak syarikat pelancongan dan berpengalaman membawa Jemaah sejak tahun 1996. Antara travel yang beliau pernah bersama seperti Asmadi Group Travel, Cantumas Travel, Azzuha Group, Al-Irfan Co Travel dan Arraudah Travel. Beliau bersama isterinya Ustazah Massuzah dan beberapa orang rakan telah membangunkan Massnizam Group(hasil gabungan nama beliau bersama isterinya-massnizam) yang bertujuan untuk menyediakan pakej Umrah dan memastikan keselesaan dan kepuasan kepada bakal jemaah!.

Visi
  • Menjadi sebuah syarikat yang progresif dan berdaya saing dalam menjana ekonomi umat islam.

Misi:
  • Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. 
  • Memberikan kepuasan kepada pelanggan semasa beribadah dan berziarah.
  • Berkhidmat sambil beramal jariah.

Antara perkhidmatan kami:

  • Menguruskan penempahan tiket pesawat
  • Menyediakan tempat penginapan/hotel
  • Menguruskan sistem pengangkutan anda.
  • Menyediakan makan-minum anda
  • Urusan Pemandu Pelancong dan sebagainya
  • menguruskan pengangkutan dari tempat anda ke LCCT/KLIA.
  • Khidmat nasihat agama, kebajikan dan memastikan keselesaan jemaah.

Kelebihan kami:

  • Telus dan tiada kos tersembunyi.
  • Keselesaan/kebajikan pelangan adalah keutamaan kami.
  • Khidmat kursus Umrah & Haji.
  • Penyediaan makanan dan minuman menu Malaysia buffet.
  • Bas double decker berhawa dingin dilengkapi bilik air.
  • Air Zamzam percuma 10 liter
  • Umrah percuma 3 Kali.
Untuk Jemaah yang pergi bersama kami turut akan diberi cenderahati seperti beg sandang, hand luggage, kain ihram bagi lelaki dan telekung bagi perempuan, dan buku panduan umrah. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang keemasan kepada syarikat kami dalam memberikan perkhidmatan kepada anda. Semoga ibadah Umrah dan Haji kita diterima Allah SWT dan memperolehi ibadah yang mabrur.


Hubungi Kami:

Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd

Lesen: 1123067(X)

No. 30/1 Jalan Niaga,
81900 Kota Tinggi, Johor.
Atau
No B 22, Pusat Bandar,
81930, Bandar Penawar. Johor.
Tel: 013-7227585/ 013-6857373/ 013-7407585, Fax: 07-8226585
Email: massnizam@yahoo.com
Web: www.massnizam.com

Lawati kami di Facebook:
Facebook Fanpage

Instagram: Massnizamgroup

Ustaz Nizam & Ustazah Massuzah
Pengasas Utama Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd