Bismillah.. Alhamdulillah malam tadi telah sempurna majlis kenduri yang kami laksanakan untuk para jemaah Massnizam Group. Telah selamat 12 ekor kambing dikorbankan yang dibuat untuk aqiqah dan dam daripada jemaah Massnizam Group. Semoga Allah terima amalan aqiqah dan korban para jemaah serta kami mengucapkan terima kasih dan jazakumullah kepada penyumbang kambing tersebut.
Seterusnya malam tadi majlis di mulakan dengan sambutan hari lahir kepada
para jemaah yang lahir pada bulan disember 2014 dan januari 2015.
Khususnya yang lahir dalam tarikh program "Road To Haramain". Kemudian bacaan doa selamat dan setelah itu, para jemaah menjamu selera dengan kek dan lauk hidangan yang disediakan serta hidangan utama malam itu; Kari Kambing! kesedapannya tidak terkata hingga menjilat jari hehe.
Alhamdulillah, pagi tadi setelah berkumpul dan siap bersarapan kami bertolak untuk pergi membeli belah di pasar buah segar dan pasar kurma Kakkiyyah. Pelbagai jenis buah-buahan yang dijual seperti kurma, buah thiin, nenas kekacang dan macam-macam lagi. Harga pun dijual dengan murah dan berpatutan.
Setelah itu, kami pergi menziarah di Hudaibiyah yang merupakan tempat miqat pertama Nabi SAW. Dari sana kita boleh lihat tinggalan masjid lama yang dahulunya pernah digunakan nabi SAW dan para muslimin Madinah sewaktu mengerjakan Umrah ketika dahulu. Para jemaah Massnizam Group yang ingin mengerjakan Umrah juga mengambil peluang dan kesempatan untuk berniat ihram di Masjid Hudaibiyah.
Setelah melawat dan berihram di Hudaibiyah, para jemaah meneruskan perjalanan menuju ke Muzium Haramain. Di sini kami dapat melihat sejarah-sejarah penting di Mekah dan Madinah seperti perluasan masjidil haram, telaga zamzam, penenunan kain kelambu kaabah, masjid nabawi, mimbar, jam dan sebagainya. Sudah pasti kita akan teruja dan beroleh ilmu semasa membuat lawatan di sini. Alhamdulillah.
p/s: Ladang unta tidak dapat dibuat lawatan kerana ladang tersebut masih di quarantine akibat Mers Co V.
January 05, 2015
Home »
» Road To Haramain | Perjalanan Kembara Sufi Di Mekah (10)
Road To Haramain | Perjalanan Kembara Sufi Di Mekah (10)
Related Posts:
Road To Haramain | Kepulangan Kami Ke Malaysia (12)Alhamdulillah, setelah siap kesemua urusan dan tawaf wida', akhirnya kini tiba masanya untuk kami pulang ke tanah air. Sesungguhnya berada hampir 13 h… Read More
Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi | Ibadah Diterima Ukhwah TerbinaAlhamdulillah summalhamdulillah.. Semua jemaah telah selamat tiba di Lapangan Terbang KLIA petang semalam walaupun kelewatan jadual penerbangan pada a… Read More
Kelas Umrah & Haji Terbuka 2015 | Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi Massnizam Group Travel & Tours Sdn. BhdLesen: 1123067(X)No. 30/1 Jalan Niaga,81900 Kota Tinggi, Johor. Kelas Umrah dan Haji Percuma 2015 ak… Read More
Kelebihan Mengerjakan Umrah | Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi Mengerjakan ibadah Umrah merupakan impian setiap orang dikalangan muslim dan mukmin yang mengimpikan pahala serta balasan yang agung dari Allah sub… Read More
Kelas Umrah Buat Para Jemaah di Sarawak Walaupun jauh berbatu, Massnizam Group tetap membuat kelas Umrah untuk jemaah kami di Saratok, Sarawak tempoh hari pada hari jumaat 23 Januari 2015. A… Read More