Jom Umrah Bersama Kami

Pendaftaran Umrah 2015 bersama Massnizam Group Travel and Tours kini dibuka sekarang. Jom Umrah bersama Kami..

Barisan Penggerak Utama Mutawwif dan Petugas Umrah kali Ini

Mari beramai-ramai kita mengerjakan Umrah bersama Massnizam Group Travel and Tours..

Jom Umrah Bersama Massnizam Group

Jangan lepaskan peluang anda sebelum terlambat!!. anda juga bakal menjadi tetamu Allah...Insya-Allah.

Kenangan Jemaah Bersama Massnizam Group Di Masjid Quba

Massnizam Group menyediakan bimbingan Umrah dan memastikan kepuasan serta kegembiraan buat para jemaah semasa beribadah dan berziarah di Mekah dan Madinah.

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

Jemaah Umrah tidak akan lepaskan peluang untuk menziarahi makam nabi tercinta Muhammad SAW di Masjid baginda.

February 22, 2015

Pakej Umrah 2015 | Jom Umrah




Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanya, dan tidak ada pahala bagi haji mabrur kecuali syurga." Muttafaqun Alaihi.

Harga Pakej Umrah untuk seorang:-

Dewasa & warga emas              : RM 6550
Kanak-kanak ( 2 - 12 tahun )  : RM 6200
Bayi ( 0 - 24 bulan )                  : RM 2350


PAKEJ INI TERMASUK:-
 

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik. 
  • Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  • Visa umrah.
  • Pengangkutan bas seperti di dalam aturcara.
  • Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang. 
  • Makan dan minum 3 kali sehari.
  • Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali ziarah pilihan)
  • Umrah 3 kali dibimbing oleh mutawwif.
  • Insuran penerbangan berkelompok

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK:-
 

# Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.( Notis : Barangan peribadi dibawah tanggungjawab peserta )
# Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
# Tambahan visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
# Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan.

PERKHIDMATAN PAKEJ LUARAN:-
 

  • Bayaran Makan dan Bas 2 tingkat dari Syarikat Operasi(Johor) – KLIA pergi balik. (RM 110) 
  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel. (RM 50)
  • Lawatan Pilihan di Mekah dan Madinah. (RM 15/per ziarah)
  • Aqiqah @ kenduri doa selamat seekor kambing. (RM 450)
  • Upah masak kambing (RM 100)
  • Wakaf al-quran sebuah. (RM50)

PENDAFTARAN:

Pendaftaran boleh dibuat secara online di ruangan tempahan awal ataupun hubungi kami seperti di sini. Bayaran deposit sebanyak RM 2000.00 seorang semasa pendaftaran, baki 50% selepas 14 hari deposit dan bayaran bakinya 40 hari sebelum berlepas.
Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat, cek atau transfer dimasukkan ke akaun:

Bank Islam
Nama: Tetuan Massnizam
No akaun: 0106 9010 0301 11

Atau

Maybank
Nama: Mohd Nizam Bin Noh
No akaun: 1621 4201 0750


_____________________________

Dari 'Aisyah RA bahwa dia bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kaum wanita itu diwajibkan jihad? Beliau menjawab: Ya, mereka diwajibkan jihad tanpa perang di dalamnya, iaitu haji dan umrah." Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dengan lafaz menurut riwayatnya. Sanadnya sahih dan asalnya dari sahih Bukhari-Muslim.

Dari Jabir Ibnu Abdullah RA bahwa ada seorang Arab Badwi datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, beritahukanlah aku tentang umrah, apakah ia wajib? Beliau bersabda: "Tidak, namun jika engkau berumrah, itu lebih baik bagimu." Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Menurut pendapat yang kuat Hadis ini mauquf. Ibnu Adiy mengeluarkan Hadis dari jalan lain yang lemah, dari Jabir RA berupa Hadis marfu': Haji dan umrah adalah wajib.

February 21, 2015

Berdosa Ke Tanah Suci | Road To Haramain



Berdosa ke Tanah Suci. Bagaimana anda membacanya (memahaminya)?

#1 kau gila ke, takkan pergi ke Tanah Suci berdosa?
#2 orang yang berdosa pergi ke Tanah Suci

Hakikatnya di dunia ini adalah bagaimana kita perceive (menerima) tentang sesuatu perkara. Antara dua kenyataan di atas, anda yang mana satu?

Yang saya maksudkan adalah #2. Tentang pendosa yang pergi ke tanah suci, semuanya untuk mencari-cari, banyak benda yang dicari dan saya pasti salah satunya adalah pengampunan.

Sekembalinya dari Haji pada tahun 2011 yang lalu saya mendatangi seorang kawan atas beberapa urusan penting. Perbualan kami menjadi melarat-larat sehinggalah wajahnya berubah dengan sejuta penyesalan. Dia seorang lelaki yang saya tidak tahu banyak pun tentangnya, kecuali dari cakap-cakap orang. Sudah tentu saya sendiri tidak mahu mendengar segala cakap orang, tetapi apabila berada dalam tempat kerja, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak.

Kata dia, "aku takut Asal(nama penulis) untuk ke tanah suci sebab dosa aku banyak." Sepanjang masa wajahnya tunduk, dan riak mukanya mencuka. Saya kesani ada aura penyesalan yang banyak dalam bilik dia yang cantik berhias.

"Kau ingat aku pergi tu, aku bersih dari dosa ke?"

"Aku banyak dosa Asal. Kau tak tahu tentang itu."

Hati kadang-kadang tidak pernah boleh kontrol pun. Fikiran saya mula menerawang kepada cakap-cakap orang yang saya tidak mahu dengar tetapi sampai juga ke telinga. Cerita tentang dia bukan hal yang baik-baik. Saya jadi takut di situ kalau-kalau dia membuat pengakuan (saya bukan pope tidak layak mendengar pengakuan tentang dosa).

Dengan wajah keruh masam itu, dia mengulang-ulang tentang penyesalan, ketakutan, ancaman tentang pembalasan yang boleh diterima secara tunai di tanah Makkah dan Madinah. Tentang dia yang sudah berubah, dan mencuba untuk memulakan hidup serba baru. Yang lebih tulus, bersih, dan mengikut landasan.

Saya memandang dia tepat. "Aku tidak tahu tentang orang lain, tetapi yang aku tahu tentang diri aku sendiri. Kau nampak aku seperti orang baik, hakikatnya hanya Allah yang tahu aku siapa, kita siapa. Once we decide untuk pergi Umrah atau Makkah, hakikatnya kita menyerahkan seluruh batang tubuh jiwa dan raga, di bawah kekuasaanNya. Samada orang tahu dosa kita atau tidak, yang pasti Allah telah tahu apa pun yang kita lakukan dari dulu sampai sekarang, malah yang di masa-masa depan. Kenapa perlu takut kepada Dia yang telah tahu segalaNya?"

Hakikatnya, saya sendiri takut. Semua manusia yang punya sedikit kepercayaan dalam hati akan takut. Tentang dosa, pembalasan dan bayaran tunai. Siapa yang cukup berani untuk menyerahkan batang leher dan tubuhnya untuk diadili? Siapa yang cukup berani kerana pembalasan itu kita tidak tahu dalam bentuk apa, samada kita akan balik dengan batang tubuh sempurna, atau tidak kembali langsung.

Allah seperti mana sangkaan kita. Itu yang saya percaya. Dengan takut separuh mati itulah saya melangkah menyerah diri di tanah suciNya dengan sangkaan Dia Maha Pengampun, Maha Pemberi Taubat.

Kerana saya tidak mempunyai jalan keluar yang lain, kecuali meminta pengampunan, meminta belas ikhsan, meminta dikasihani.

Siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan? Besar mana pun dosa kita, Allah lebih dulu melebarkan sayap pengampunanNya meski kita belum mengangkat tangan berdoa. Bila sudah terdetik dalam hati dengan seribu penyesalan, kita sudah diterimaNya.

Saya memandang kawan dan menyampaikan pesan, "Dia sudah lama tahu apa yang kita lakukan. Tidak ada yang tidak tercatat dalam pembendaharaan pengetahuanNya. Soalnya, adakah kita cukup berani mengakui di hadapanNya dan merendahkan diri sehina-hinanya untuk memohon ampun?"

"Sedarlah hakikat diri yang kita ini hanyalah hamba, dengan itu kita akan dapati segalanya mudah."


* Kisah dipetik dari seorang penulis di wadikita.blogspot.com
____________________________

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekalian, sesungguhnya pintu taubat Allah itu terbuka luas.. kita memang pendosa dan tidak lari dari buat kesilapan kecil mahupun besar. Akan tetapi, Allah sentiasa menerima kita, menunggu taubat dari kita sebagai hambaNya. Teruslah berusaha mengejar pengampunan dari Allah. Moga pengakhiran kita berakhir dengan husnul khotimah.

"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." (Asy-Syuuraa: 25)

"Maka ingatlah kepada Ku, dan Aku akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada Ku dan janganlah kamu ingkar terhadap Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang sabar."
Al-Baqarah (152-153)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu Wahai Muhammad tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir. Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan dan beriman kepadaKu mudah-mudahan mereka selalu berada di atas petunjuk."
Al-Baqarah (186)

"Our Lord! Let not our hearts deviate now after you have guided us, but grant us mercy from You. Truly You are the Most Bestower."
Al-Imran (8)