Jom Umrah Bersama Kami

Pendaftaran Umrah 2015 bersama Massnizam Group Travel and Tours kini dibuka sekarang. Jom Umrah bersama Kami..

Barisan Penggerak Utama Mutawwif dan Petugas Umrah kali Ini

Mari beramai-ramai kita mengerjakan Umrah bersama Massnizam Group Travel and Tours..

Jom Umrah Bersama Massnizam Group

Jangan lepaskan peluang anda sebelum terlambat!!. anda juga bakal menjadi tetamu Allah...Insya-Allah.

Kenangan Jemaah Bersama Massnizam Group Di Masjid Quba

Massnizam Group menyediakan bimbingan Umrah dan memastikan kepuasan serta kegembiraan buat para jemaah semasa beribadah dan berziarah di Mekah dan Madinah.

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

Jemaah Umrah tidak akan lepaskan peluang untuk menziarahi makam nabi tercinta Muhammad SAW di Masjid baginda.

December 28, 2014

Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi | Road to Haramain (2)


وَأَتِمُّوْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ للهِ

“Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah”. (Al-Baqarah, 2:196)

Dan banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis sahih yang menunjukkan wajibnya menunaikan haji dan umrah. Hendaklah mensegerakan menunaikan haji bagi yang telah mampu, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


تَعَجَّلُوْا الْحَجَّ (يَعْنِيْ الْفَرِيْضَةَ) فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لاَ يَدْرِيْ مَا يَعْرِضُ لَهُ.

“Bersegeralah kamu menunaikan haji (haji yang wajib), kerana sesungguhnya seseorang dari kamu tidak mengetahui apa yang akan menimpa kepadanya”. (H/R Ahmad dan selain darinya)


Alhamdulillah...kami telah selamat tiba di Madinah setelah hampir seharian perjalanan kami dari Kuala Lumpur- Maldives-Jeddah-Madinah. Hebatnya Rasulullah SAW, hijrahnya hanya menaiki unta dengan beratapkan cuaca panas terik yang tidak menentu berlandaikan gunung berbatu tanah berpasir sejauh 473km. Lemahnya kita mengeluh perjalanan jauh dengan keadaan selesa dengan bas/flight berhawa dingin dan sebagainya. Allahumma solli 'ala Muhammad. Sungguh besar pengorbananmu.

Aktiviti kami diteruskan pada hari ini 28/12 setelah bersarapan di Hotel, kami menziarahi Masjid Quba untuk solat sunat dua rakaat bagi mendapatkan pahala Umrah. Serba sedikit tentang fadhilat di Masjid Quba.

Masjid Quba’ adalah masjid pertama dibina Rasulullah SAW sesampainya di Madinah Munawwarah. Quba’ diberi nama sempena nama telaga disitu. Oleh kerana masjid pertama dibina maka ia mempunyai keistimewaan walaupun tidak sebanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tapi ia tetap ada keunikannya.

Antara keunikannya ialah disebut dalam Surah al-Taubah bahawa bersolat di masjid ini lebih aula daripada solat di masjid satu lagi iaitu Masjid Dhirar yang dibina oleh geng munafiq. Dan lagi Allah menyebut adanya orang yang suka membersihkan diri mereka yang bersolat di situ. Bersih di sini bermakna suka bertaubat, istighfar, memohon ampun pada Allah. Semoga kita juga termasuk dalam golongan itu semasa kita bertandang ke Masjid Quba’.

لا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ (١٠٨)

Ertinya: Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Quba’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.

Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah] 


Alhamdulillah. Moga-moga Allah memberikan pahala Umrah pada kita serta merahmati kita dan menjadikan kita orang yang lebih bertakwa InsyaAllah..

Selepas solat sunat di Masjid Quba, jemaah dibawa menziarahi Maidan Uhud dan bukit Uhud serta menziarahi Maqam Sahabat yang syahid dalam peperangan Uhud.
Antara yang syahid di sini ialah bapa saudara kesayangan nabi SAW Saiyidina Hamzah bin Abdul Muttalib..
Mari kita sama-sama berdoa kepada semua yang syahid di Maidan Uhud ini..


" السلام عليكم يا اهل الديار وإنا إن شاء الله بكم للاحقون"



December 27, 2014

Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi | Umrah Disember 2014 (1)

"Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah.." Itulah ungkapan kami  setelah ujian dan dugaan yang hebat dariMu, akhirnya para jemaah dapat menjadi tetamuMu.. Terima kami ya Allah kerana terima kami sebagai tetamu Mu yang paling istimewa..

Sesungguhnya ujian untuk memperolehi Visa Umrah ini sukar untuk dijangka kerana ia melibatkan kerajaan Saudi yang mengeluarkan Visa sepenuhnya. Kami mencuba sehabis baik untuk mendapatkan visa jemaah tanpa sedikitpun mempunyai niat untuk menipu dan sebagainya. Travel agent lain turut mengalami situasi begini dan apabila jemaah memahami permasalahan ini mudah-mudahan jemaah dapat menerimanya dengan redha dan lapang dada. Sesungguhnya disebalik kepayahan mempunyai seribu kemanisan InsyaAllah.

Bismillah. Alhamdulillah.. lebih kurang seramai 120 orang jemaah selamat bertolak menuju ke tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah. Penerbangan yang berlepas hari ini 27/12 jam 0521 pagi akan meneruskan perjalanan ke Jeddah selama 5 jam 38 minit dengan flight mega Maldives Airlines.

Kami di sini akan sajikan berita-berita, gambar dan khabar dari tanah suci untuk tatapan ahli keluarga di Malaysia. Terus bersama kami dan dapatkan info terkini melalui Fan Page Facebook dan Laman Web Massnizam Travel..

December 08, 2014

Pakej Umrah 2015 Massnizam Group Travel & Tours

Harga Pakej Umrah untuk seorang:-


Dewasa & warga emas                  : RM 6550
Kanak-kanak ( 2 - 12 tahun )         : RM 6200
Bayi ( 0 - 24 bulan )                      : RM 2350

**sila rujuk tarikh di ruangan Tempahan awal untuk pilihan tarikh penerbangan.
**sila klik sini untuk melihat senarai dokumen visa umrah yang diperlukan.

PAKEJ INI TERMASUK:-
  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik.
  2. Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  3. Visa umrah.
  4. Pengangkutan bas seperti di dalam aturcara.
  5. Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang.
  6. Makan dan minum 3 kali sehari.
  7. Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali ziarah pilihan)
  8. Umrah 3 kali dibimbing oleh mutawwif.
  9. Insuran penerbangan berkelompok

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK:-
  1. Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
    ( Notis : Barangan peribadi dibawah tanggungjawab peserta )
  2. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  3. Tambahan visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  4. Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan.
PERKHIDMATAN PAKEJ LUARAN:-
  1. Bayaran Makan dan Bas 2 tingkat dari Syarikat Operasi(Bandar Penawar) – KLIA – Bandar Penawar. (RM 110)
  2. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel. (RM 50)
  3. Lawatan Pilihan di Mekah dan Madinah. (RM 15/per ziarah)
  4. Aqiqah @ kenduri doa selamat seekor kambing. (RM 450)
  5. Upah masak kambing (RM 100)
  6. Wakaf al-quran sebuah. (RM50)
PENDAFTARAN:

Pendaftaran boleh dibuat secara online di ruangan tempahan awal ataupun hubungi kami seperti di sini. Bayaran deposit sebanyak RM 2000.00 seorang semasa pendaftaran, baki 50% selepas 14 hari deposit dan bayaran bakinya 40 hari sebelum berlepas.
Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat, cek atau transfer dimasukkan ke akaun:
 
Bank Islam
Nama: Tetuan Massnizam
No akaun: 0106 9010 0301 11

Atau

Maybank
Nama: Mohd Nizam Bin Noh
No akaun: 1621 4201 0750