Jom Umrah Bersama Kami

Pendaftaran Umrah 2015 bersama Massnizam Group Travel and Tours kini dibuka sekarang. Jom Umrah bersama Kami..

Barisan Penggerak Utama Mutawwif dan Petugas Umrah kali Ini

Mari beramai-ramai kita mengerjakan Umrah bersama Massnizam Group Travel and Tours..

Jom Umrah Bersama Massnizam Group

Jangan lepaskan peluang anda sebelum terlambat!!. anda juga bakal menjadi tetamu Allah...Insya-Allah.

Kenangan Jemaah Bersama Massnizam Group Di Masjid Quba

Massnizam Group menyediakan bimbingan Umrah dan memastikan kepuasan serta kegembiraan buat para jemaah semasa beribadah dan berziarah di Mekah dan Madinah.

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

Jemaah Umrah tidak akan lepaskan peluang untuk menziarahi makam nabi tercinta Muhammad SAW di Masjid baginda.

February 21, 2015

Berdosa Ke Tanah Suci | Road To Haramain



Berdosa ke Tanah Suci. Bagaimana anda membacanya (memahaminya)?

#1 kau gila ke, takkan pergi ke Tanah Suci berdosa?
#2 orang yang berdosa pergi ke Tanah Suci

Hakikatnya di dunia ini adalah bagaimana kita perceive (menerima) tentang sesuatu perkara. Antara dua kenyataan di atas, anda yang mana satu?

Yang saya maksudkan adalah #2. Tentang pendosa yang pergi ke tanah suci, semuanya untuk mencari-cari, banyak benda yang dicari dan saya pasti salah satunya adalah pengampunan.

Sekembalinya dari Haji pada tahun 2011 yang lalu saya mendatangi seorang kawan atas beberapa urusan penting. Perbualan kami menjadi melarat-larat sehinggalah wajahnya berubah dengan sejuta penyesalan. Dia seorang lelaki yang saya tidak tahu banyak pun tentangnya, kecuali dari cakap-cakap orang. Sudah tentu saya sendiri tidak mahu mendengar segala cakap orang, tetapi apabila berada dalam tempat kerja, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak.

Kata dia, "aku takut Asal(nama penulis) untuk ke tanah suci sebab dosa aku banyak." Sepanjang masa wajahnya tunduk, dan riak mukanya mencuka. Saya kesani ada aura penyesalan yang banyak dalam bilik dia yang cantik berhias.

"Kau ingat aku pergi tu, aku bersih dari dosa ke?"

"Aku banyak dosa Asal. Kau tak tahu tentang itu."

Hati kadang-kadang tidak pernah boleh kontrol pun. Fikiran saya mula menerawang kepada cakap-cakap orang yang saya tidak mahu dengar tetapi sampai juga ke telinga. Cerita tentang dia bukan hal yang baik-baik. Saya jadi takut di situ kalau-kalau dia membuat pengakuan (saya bukan pope tidak layak mendengar pengakuan tentang dosa).

Dengan wajah keruh masam itu, dia mengulang-ulang tentang penyesalan, ketakutan, ancaman tentang pembalasan yang boleh diterima secara tunai di tanah Makkah dan Madinah. Tentang dia yang sudah berubah, dan mencuba untuk memulakan hidup serba baru. Yang lebih tulus, bersih, dan mengikut landasan.

Saya memandang dia tepat. "Aku tidak tahu tentang orang lain, tetapi yang aku tahu tentang diri aku sendiri. Kau nampak aku seperti orang baik, hakikatnya hanya Allah yang tahu aku siapa, kita siapa. Once we decide untuk pergi Umrah atau Makkah, hakikatnya kita menyerahkan seluruh batang tubuh jiwa dan raga, di bawah kekuasaanNya. Samada orang tahu dosa kita atau tidak, yang pasti Allah telah tahu apa pun yang kita lakukan dari dulu sampai sekarang, malah yang di masa-masa depan. Kenapa perlu takut kepada Dia yang telah tahu segalaNya?"

Hakikatnya, saya sendiri takut. Semua manusia yang punya sedikit kepercayaan dalam hati akan takut. Tentang dosa, pembalasan dan bayaran tunai. Siapa yang cukup berani untuk menyerahkan batang leher dan tubuhnya untuk diadili? Siapa yang cukup berani kerana pembalasan itu kita tidak tahu dalam bentuk apa, samada kita akan balik dengan batang tubuh sempurna, atau tidak kembali langsung.

Allah seperti mana sangkaan kita. Itu yang saya percaya. Dengan takut separuh mati itulah saya melangkah menyerah diri di tanah suciNya dengan sangkaan Dia Maha Pengampun, Maha Pemberi Taubat.

Kerana saya tidak mempunyai jalan keluar yang lain, kecuali meminta pengampunan, meminta belas ikhsan, meminta dikasihani.

Siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan? Besar mana pun dosa kita, Allah lebih dulu melebarkan sayap pengampunanNya meski kita belum mengangkat tangan berdoa. Bila sudah terdetik dalam hati dengan seribu penyesalan, kita sudah diterimaNya.

Saya memandang kawan dan menyampaikan pesan, "Dia sudah lama tahu apa yang kita lakukan. Tidak ada yang tidak tercatat dalam pembendaharaan pengetahuanNya. Soalnya, adakah kita cukup berani mengakui di hadapanNya dan merendahkan diri sehina-hinanya untuk memohon ampun?"

"Sedarlah hakikat diri yang kita ini hanyalah hamba, dengan itu kita akan dapati segalanya mudah."


* Kisah dipetik dari seorang penulis di wadikita.blogspot.com
____________________________

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekalian, sesungguhnya pintu taubat Allah itu terbuka luas.. kita memang pendosa dan tidak lari dari buat kesilapan kecil mahupun besar. Akan tetapi, Allah sentiasa menerima kita, menunggu taubat dari kita sebagai hambaNya. Teruslah berusaha mengejar pengampunan dari Allah. Moga pengakhiran kita berakhir dengan husnul khotimah.

"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." (Asy-Syuuraa: 25)

"Maka ingatlah kepada Ku, dan Aku akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada Ku dan janganlah kamu ingkar terhadap Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang sabar."
Al-Baqarah (152-153)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu Wahai Muhammad tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir. Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan dan beriman kepadaKu mudah-mudahan mereka selalu berada di atas petunjuk."
Al-Baqarah (186)

"Our Lord! Let not our hearts deviate now after you have guided us, but grant us mercy from You. Truly You are the Most Bestower."
Al-Imran (8)

January 25, 2015

Kelas Umrah Buat Para Jemaah di Sarawak

Walaupun jauh berbatu, Massnizam Group tetap membuat kelas Umrah untuk jemaah kami di Saratok, Sarawak tempoh hari pada hari jumaat 23 Januari 2015. Alhamdulillah ia memudahkan para jemaah di sana bagi mendapatkan ilmu dan persediaan sebelum menunaikan Umrah..  Jadi, apa tunggu lagi? Marilah mendaftar umrah bersama kami segera. Pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang ada. Juga kami akan memberikan PERCUMA 1 Pakej Umrah Lengkap bagi pendaftaran untuk seramai 20 orang. *Tertakluk kepada terma dan syarat. Ayuh! Road To Haramain~


::Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi::

January 17, 2015

Kelas Umrah & Haji Terbuka 2015 | Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi

Massnizam Group Travel & Tours Sdn. Bhd
Lesen: 1123067(X)

No. 30/1 Jalan Niaga,
81900 Kota Tinggi, Johor.



Kelas Umrah dan Haji Percuma 2015 akan di adakan seperti ketetapan berikut:-

Kelas Umrah 2015 Anjuran Massnizam Group

Tarikh: Setiap Hari Jumaat
Jam: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Massnizam Group
Alamat: No 30/1 Jalan Niaga Kota Tinggi. Johor.

Kelas Haji 2015 Anjuran Surau Nur Iman

Tarikh: Setiap Hari Jumaat
Jam: Selepas Isyak. 9.00 malam hingga 10.15 malam
Tempat: Surau Nur Iman
Alamat: Surau Nur Iman, Jln Selasih, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

Kelas Haji 2015 Anjuran Tabung Haji, Kota Tinggi

Tarikh: Setiap Hari Sabtu
Jam: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Masjid Al-Wahhab
Alamat: Masjid Al-Wahhab, Felda Waha Kota Tinggi

Kesemua Kelas dikelolai oleh Massnizam Group Travel & Tours. Semua dijemput hadir. Terima Kasih.

'Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirehatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu." Dalam hadith lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, kelihatan ada dua kelompok, di mana yang pertamanya sedang berzikir, sementara yang ke duanya sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok ke dua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu.."

January 13, 2015

Kelebihan Mengerjakan Umrah | Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi


Mengerjakan ibadah Umrah merupakan impian setiap orang dikalangan muslim dan mukmin yang mengimpikan pahala serta balasan yang agung dari Allah subhanallahu taala. Mari kita ambil tahu apakah kelebihan bagi orang yang mengerjakan ibadah Umrah ini.

January 08, 2015

Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi | Ibadah Diterima Ukhwah Terbina

Alhamdulillah summalhamdulillah.. Semua jemaah telah selamat tiba di Lapangan Terbang KLIA petang semalam walaupun kelewatan jadual penerbangan pada awalnya. Semua urusan imigresen dan bagasi juga berjalan lancar alhamdulillah. Kebanyakkan keluarga jemaah masing-masing telah menunggu di terminal ketibaan KLIA untuk menemui keluarga yang tercinta. 



Alhamdulilah. Jemaah telah menemui keluarga masing-masing dan telah pulang atau dalam perjalanan ke kampung halaman. Semoga pemergian kita dalam mengerjakan umrah akan memberi seribu makna. Datang ke tanah suci membawa banyak dosa, kembali ke tanah air dalam keadaan suci bersih, tiada lagi dosa seperti bayi yang baru lahir. Malah kita pulang dengan membawa banyak bekalan untuk akhirat nanti. Dan peribadi kita pula akan menjadi semakin bertambah baik selepas kembali ke tanah air. InsyaAllah. 

Semoga ukhwah kita tidak berakhir di sini dan ianya akan terus terjalin selamanya walaupun kita berjauhan dan kenangan kita bersama di Tanah Suci Haramain sudah tentu merupakan memori yang tidak akan dapat dilupakan. Ada rezeki kita berjumpa lagi! ~Road To Haramain, Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi~