Alhamdulillah summalhamdulillah.. Semua jemaah telah selamat tiba di Lapangan Terbang KLIA petang semalam walaupun kelewatan jadual penerbangan pada awalnya. Semua urusan imigresen dan bagasi juga berjalan lancar alhamdulillah. Kebanyakkan keluarga jemaah masing-masing telah menunggu di terminal ketibaan KLIA untuk menemui keluarga yang tercinta.
Alhamdulilah. Jemaah telah menemui keluarga masing-masing dan telah pulang atau dalam perjalanan ke kampung halaman. Semoga pemergian kita dalam mengerjakan umrah akan memberi seribu makna. Datang ke tanah suci membawa banyak dosa, kembali ke tanah air dalam keadaan suci bersih, tiada lagi dosa seperti bayi yang baru lahir. Malah kita pulang dengan membawa banyak bekalan untuk akhirat nanti. Dan peribadi kita pula akan menjadi semakin bertambah baik selepas kembali ke tanah air. InsyaAllah.
Semoga ukhwah kita tidak berakhir di sini dan ianya akan terus terjalin selamanya walaupun kita berjauhan dan kenangan kita bersama di Tanah Suci Haramain sudah tentu merupakan memori yang tidak akan dapat dilupakan. Ada rezeki kita berjumpa lagi! ~Road To Haramain, Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi~
January 08, 2015
Home »
» Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi | Ibadah Diterima Ukhwah Terbina
Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi | Ibadah Diterima Ukhwah Terbina
Related Posts:
Road To Haramain | Wahyu Pertama Di Gua Hira (9)Seperti yang dijanjikan semalam, kami akan menceritakan sejarah ringkas Nabi SAW yang sering ke gua Hira, Jabal Nur. Jika ada jemaah yang ingin mendak… Read More
Road To Haramain | Umrah Yang Dinanti-nantikan (7)Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Semalam perjalanan kami dari Madinah ke Mekah dipermudahkan oleh Allah. Kami telah berhenti… Read More
Road To Haramain | Pertemuan Adam & Hawa (8)Allahumma solli 'ala Muhammad..Alhamdulillah. Pagi tadi jam 7.30 kami berkumpul di lobi hotel setelah siap bersarapan dan solat subuh berjemaah di Mas… Read More
Road To Haramain | Kisah Perjalanan Umrah Pertama Rasulullah (6)Alhamdulillah, kami semua berada di dalam bas menuju perjalanan ke Baitullah dengan siap berpakaian ihram untuk mengerjakan Umrah apabila kami tiba di… Read More
Road To Haramain | 12 Ekor Kambing Dikorbankan (9)Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hari ini aktiviti jemaah Massnizam Group adalah aktiviti bebas. Jadi, berbagai aktiviti yan… Read More