Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hari ini aktiviti jemaah Massnizam Group adalah aktiviti bebas. Jadi, berbagai aktiviti yang dilakukan para jemaah pada hari ini antaranya terdapat jemaah yang melakukan Umrah setelah mengetahui cara dan tempat miqat ihram. Selain itu, ada yang membuat tawaf sunat di kaabah, i'tikaf di Masjidil Haram, baca al-Quran, solat sunat dan juga ada yang mengambil kesempatan untuk membeli pakaian jubah, buah tangan dan cenderahati untuk dibawa pulang.
Manakala para petugas Massnizam Group pula telah pergi ke ladang kambing untuk sembelihan aqiqah. Sebanyak 12 ekor kambing telah disembelih untuk tujuan aqiqah dan dam. Daging kambing ini akan dimasak dan dibuat jamuan makan kenduri untuk para jemaah nanti. Kenduri tersebut akan dilaksanakan pada malam ini disamping membuat doa selamat dan sambutan hari lahir jemaah.
Nantikan hasil daging kambing ini dalam aktiviti kami pada malam ini dan gambar-gambar semasa kenduri jamuan dijalankan..InsyaAllah. ~Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi~
January 04, 2015
Home »
» Road To Haramain | 12 Ekor Kambing Dikorbankan (9)
Road To Haramain | 12 Ekor Kambing Dikorbankan (9)
Related Posts:
Road To Haramain | 12 Ekor Kambing Dikorbankan (9)Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hari ini aktiviti jemaah Massnizam Group adalah aktiviti bebas. Jadi, berbagai aktiviti yan… Read More
Road To Haramain | Perjalanan Kembara Sufi Di Mekah (10)Bismillah.. Alhamdulillah malam tadi telah sempurna majlis kenduri yang kami laksanakan untuk para jemaah Massnizam Group. Telah selamat 12 ekor kambi… Read More
Road To Haramain | Panduan Tawaf Wida' (11)Bismillah.. Hari ini merupakan hari terakhir kami di Makkah sebelum bertolak pulang menaiki flight malam ini jam 11 malam. InsyaAllah pagi ini kami ha… Read More
Road To Haramain | Kepulangan Kami Ke Malaysia (12)Alhamdulillah, setelah siap kesemua urusan dan tawaf wida', akhirnya kini tiba masanya untuk kami pulang ke tanah air. Sesungguhnya berada hampir 13 h… Read More
Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi | Ibadah Diterima Ukhwah TerbinaAlhamdulillah summalhamdulillah.. Semua jemaah telah selamat tiba di Lapangan Terbang KLIA petang semalam walaupun kelewatan jadual penerbangan pada a… Read More