<< لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ >>
"Jika kamu bersyukur pasti akan Kutambah (nikmat-Ku)" -Ibrahim: 7-
Hari ini juga merupakan hari terakhir kita dalam lembaran tahun 2014, semoga dalam saban tahun ini kita dapat koreksi dan muhasabah diri kita akan sejauh mana amal kita dalam beribadah kepada Allah, tanggungjawab yang kita pikul serta azam yang kita usahakan untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.
Untuk perjalanan Umrah Massnizam Group pada hari ini kami sekali lagi dibawa ke Masjid Quba untuk solat sunat 2 rakaat bagi meraih pahala Umrah sebagaimana sabda nabi : "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." [HR Ibn Majah].
Kemudian, kami membuat lawatan santai ke Bukit Magnet. Di Bukit Magnet ini, kekuasaan Allah dapat disaksikan apabila bas dimatikan enjin dan gear di'free'kan tetapi bas boleh bergerak laju selaju 120km/j. Subhanallah.! kebanyakkan jemaah berasa cuak dengan keadaan yang berlaku. Masing-masing mengucap syukur dan subhanallah dengan apa yang mereka saksikan.
Apa yang menariknya dipercayai banjaran bukit bukau di kawasan ini mempunyai Medan magnet yang kuat. Fenomena ini dapat dirasakan sepanjang kira kira 5 kilometer dari kaki bukit.
Bukit magnet ini juga merupakan pusat magnet terbesar di dunia, hal ini dapat dibuktikan dari daya magnet terhadap kenderaan. Kenderaan boleh bergerak laju walaupun pedal minyak kenderaan tidak ditekan. Menghairankan! kenderaan boleh meluncur laju dengan kecepatan sehingga mencapai 120 km/jam ketika kenderaan meninggalkan Bukit Magnet. Sebaliknya, kenderaan yang menuju ke Bukit Magnet akan terasa berat kerana terjadi arus tolakan.
Semasa berada dikawasan ini, telefon bimbit perlu dimatikan kerana ia gagal berfungsi seperti biasa dan kemungkinan anda akan kehilangan data-data yang terkandung di dalamnya. Selain itu, bacaan kompas akan bercelaru. Biar apapun berlaku, ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT untuk umatnya berfikir, serta merasai kehebatanNya yang tiada tandingannya. SubhanaAllah.
reaksi muka terkejut dapat lihat dikalangan jemaah. hehe |
Kenangan di Bukit Magnet |
keluarga ustazah Hamidah Mohd Shah |
di kilang cetakan al-quran |
Alhamdulillah. Untuk aktiviti waktu malamnya kebiasaan kami akan ambil peluang untuk mengambil angin malam dan bershopping sebagai bekalan cenderahati kepada keluarga dan sahabat handai di tanah air. Tidak juga lupa ada pada jemaah yang singgah ke kedai makan arab untuk merasai sendiri kesedapan dan keenakkan masakan daging unta, kambing dan sebagainya. Ada juga para jemaah yang ambil kesempatan untuk lebih banyak beri'tikaf di Masjid Nabawi, mendengar kuliah pengajian, membaca quran dan sebagainya kerana peluang itu sangat berharga bagi mereka.
Kuliah Maghrib di Masjid Nabawi yang disampaikan oleh Tn Hj Mad dari Indonesia |
makan roti arab bersama daging dan hati unta |
panorama masjid nabawi di waktu malam |
penangan nasi mandy |
Kepada mereka yang berada di Malaysia terutamanya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Arab Saudi, sudah tentu anda teringin untuk datang ke sini. Ambilah peluang dan kesempatan yang ada untuk pergi ke tanah suci demi menunaikan tanggungjawab kepada agama. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha pengampun.
Semoga dengan hadirnya tahun baru 2015 ini akan memberikan sinar baru kepada kita serta usaha dan azam yang lebih baik daripada sebelum ini. Insya-Allah. Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga tanah air Malaysia kita selamat dan terpelihara daripada bencana dan musibah. Amin.