Sesungguhnya ujian untuk memperolehi Visa Umrah ini sukar untuk dijangka kerana ia melibatkan kerajaan Saudi yang mengeluarkan Visa sepenuhnya. Kami mencuba sehabis baik untuk mendapatkan visa jemaah tanpa sedikitpun mempunyai niat untuk menipu dan sebagainya. Travel agent lain turut mengalami situasi begini dan apabila jemaah memahami permasalahan ini mudah-mudahan jemaah dapat menerimanya dengan redha dan lapang dada. Sesungguhnya disebalik kepayahan mempunyai seribu kemanisan InsyaAllah.
Bismillah. Alhamdulillah.. lebih kurang seramai 120 orang jemaah selamat bertolak menuju ke tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah. Penerbangan yang berlepas hari ini 27/12 jam 0521 pagi akan meneruskan perjalanan ke Jeddah selama 5 jam 38 minit dengan flight mega Maldives Airlines.
Kami di sini akan sajikan berita-berita, gambar dan khabar dari tanah suci untuk tatapan ahli keluarga di Malaysia. Terus bersama kami dan dapatkan info terkini melalui Fan Page Facebook dan Laman Web Massnizam Travel..
Gambar-gambar sebelum jemaah berangkat:-
bersambung....