Jom Umrah Bersama Kami

Pendaftaran Umrah 2015 bersama Massnizam Group Travel and Tours kini dibuka sekarang. Jom Umrah bersama Kami..

Barisan Penggerak Utama Mutawwif dan Petugas Umrah kali Ini

Mari beramai-ramai kita mengerjakan Umrah bersama Massnizam Group Travel and Tours..

Jom Umrah Bersama Massnizam Group

Jangan lepaskan peluang anda sebelum terlambat!!. anda juga bakal menjadi tetamu Allah...Insya-Allah.

Kenangan Jemaah Bersama Massnizam Group Di Masjid Quba

Massnizam Group menyediakan bimbingan Umrah dan memastikan kepuasan serta kegembiraan buat para jemaah semasa beribadah dan berziarah di Mekah dan Madinah.

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

Jemaah Umrah tidak akan lepaskan peluang untuk menziarahi makam nabi tercinta Muhammad SAW di Masjid baginda.

December 31, 2014

Road To Haramain | Ajaibnya Bukit Magnet (5)

Bismillah, alhamdulillah..Mari kita bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan kita nikmat iman dan kesihatan walau di mana jua kita berada. 
<< لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ >>
"Jika kamu bersyukur pasti akan Kutambah (nikmat-Ku)" -Ibrahim: 7- 

Hari ini juga merupakan hari terakhir kita dalam lembaran tahun 2014, semoga dalam saban tahun ini kita dapat koreksi dan muhasabah diri kita akan sejauh mana amal kita dalam beribadah kepada Allah, tanggungjawab yang kita pikul serta azam yang kita usahakan untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Untuk perjalanan Umrah Massnizam Group pada hari ini kami sekali lagi dibawa ke Masjid Quba untuk solat sunat 2 rakaat bagi meraih pahala Umrah sebagaimana sabda nabi : "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." [HR Ibn Majah].

Kemudian, kami membuat lawatan santai ke Bukit Magnet. Di Bukit Magnet ini, kekuasaan Allah dapat disaksikan apabila bas dimatikan enjin dan gear di'free'kan tetapi bas boleh bergerak laju selaju 120km/j. Subhanallah.! kebanyakkan jemaah berasa cuak dengan keadaan yang berlaku. Masing-masing mengucap syukur dan subhanallah dengan apa yang mereka saksikan.

Apa yang menariknya dipercayai banjaran bukit bukau di kawasan ini mempunyai Medan magnet yang kuat. Fenomena ini dapat dirasakan sepanjang kira kira 5 kilometer dari kaki bukit.


Bukit magnet ini juga merupakan pusat magnet terbesar di dunia, hal ini dapat dibuktikan dari daya magnet terhadap kenderaan. Kenderaan boleh bergerak laju walaupun pedal minyak kenderaan tidak ditekan. Menghairankan! kenderaan boleh meluncur laju dengan kecepatan sehingga mencapai 120 km/jam ketika kenderaan meninggalkan Bukit Magnet. Sebaliknya, kenderaan yang menuju ke Bukit Magnet akan terasa berat kerana terjadi arus tolakan.


Semasa berada dikawasan ini, telefon bimbit perlu dimatikan kerana ia gagal berfungsi seperti biasa dan kemungkinan anda akan kehilangan data-data yang terkandung di dalamnya. Selain itu, bacaan kompas akan bercelaru. Biar apapun berlaku, ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT untuk umatnya berfikir, serta merasai kehebatanNya yang tiada tandingannya. SubhanaAllah.


reaksi muka terkejut dapat lihat dikalangan jemaah. hehe
Kenangan di Bukit Magnet



keluarga ustazah Hamidah Mohd Shah


Kemudian kami membuat lawatan ke Kilang Cetakan Al-Quran Madinah dimana disinilah dicetaknya al-quran yang diwakafkan ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kebanyakkan jemaah tidak pernah melihat cara cetakan al-quran sebelum ini tetapi di sini mereka mendapat peluang untuk melihat sendiri bagaimana cara al-quran itu dicetak serta prosuder yang dilakukan. Mari sama-sama kita tonton video berdurasi pendek tentang penerangan kilang cetak AlQuran oleh Ustaz Hj Nizam Noh.

 
di kilang cetakan al-quran

Alhamdulillah. Untuk aktiviti waktu malamnya kebiasaan kami akan ambil peluang untuk mengambil angin malam dan bershopping sebagai bekalan cenderahati kepada keluarga dan sahabat handai di tanah air. Tidak juga lupa ada pada jemaah yang singgah ke kedai makan arab untuk merasai sendiri kesedapan dan keenakkan masakan daging unta, kambing dan sebagainya. Ada juga para jemaah yang ambil kesempatan untuk lebih banyak beri'tikaf di Masjid Nabawi, mendengar kuliah pengajian, membaca quran dan sebagainya kerana peluang itu sangat berharga bagi mereka. 

Kuliah Maghrib di Masjid Nabawi yang disampaikan oleh Tn Hj Mad dari Indonesia
makan roti arab bersama daging dan hati unta


panorama masjid nabawi di waktu malam


penangan nasi mandy




Kepada mereka yang berada di Malaysia terutamanya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Arab Saudi, sudah tentu anda teringin untuk datang ke sini. Ambilah peluang dan kesempatan yang ada untuk pergi ke tanah suci demi menunaikan tanggungjawab kepada agama. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha pengampun. 

Semoga dengan hadirnya tahun baru 2015 ini akan memberikan sinar baru kepada kita serta usaha dan azam yang lebih baik daripada sebelum ini. Insya-Allah. Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga tanah air Malaysia kita selamat dan terpelihara daripada bencana dan musibah. Amin.

December 30, 2014

Road To Haramain | Tips Kesihatan Musim Sejuk (4)

Cuaca di Madinah sering tidak menentu kerana pada waktu siang ianya agak panas sehingga boleh mencapai 30'c dan pada waktu malam menurun serendah 15'c. Ini sangat memerlukan kepada jemaah supaya mengambil berat terhadap kesihatan masing-masing agar kesihatan mereka sihat bagi mudah melaksanakan ibadah-ibadah dan ziarah di sini.

Kami akan memberikan beberapa tips yang boleh anda atau jemaah lakukan apabila menghadapi musim sejuk mahupun cuaca sejuk panas yang berubah dan tidak menentu. Antaranya;-
  • Tidak perlu mandi kerap seperti di Malaysia kerana malaysia cuaca panas dan lembab tetapi di sini panas dan kering. Cukuplah hanya sekadar selang 2,3 hari sekali untuk mandi. Begitu juga dengan anak-anak anda. 
  • Waktu mandi yang dicadangkan adalah pada waktu malam dan anda tidak mahu lagi keluar ke mana-mana selepas itu. 
  • Jangan sesekali mengabaikan pemakaian stokin kaki sepanjang masa kerana penyakit banyak menyerang melalui kaki kita.
  • Ambil makanan yang berzat seperti kurma Ajwa, buah-buahan seperti limau, epal dan banyakkan minum air zamzam/ air kosong. 
  • Rehat dan tidur yang cukup agar tenaga dapat digunakan untuk aktiviti dan ibadah yang seterusnya nanti. 
  • Berdoa kepada Allah agar memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua. Insya-Allah.  
Baiklah, kami akan kongsikan beberapa aktiviti yang jemaah lakukan pada hari ini iaitu kami ke Masjid Quba', Maidan Khandak dan Muzium Madinah. Seperti yang pernah kami ceritakan di entri yang lepas, orang yang bersolat di masjid Quba' mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." [HR Ibn Majah].

Alhamdulillah, kami kagum dengan iltizam dan semangat yang ditunjukkan para jemaah untuk beribadah di sini. Semoga Allah memberikan kami pahala dengan apa yang kami kerjakan. Amin.

Kami juga mengambil kesempatan untuk menziarahi kawasan peperangan khandak dan mutawwif kami Ustaz Nizam turut memberikan penerangan berkenaan sejarah peperangan khandak yang berlaku semasa zaman Rasulullah SAW. Antara kata-kata yang kami ingat dari Ustaz Nizam iaitu "Sebagaimana yang mereka lakukan semasa perang-perang Badar dan Uhud, tentera Islam sekali lagi menggunakan kaedah-kaedah yang luar biasa untuk menentang musuh-musuh mereka (di Badar, pihak Muslim mengepung perigi air, dan menyekat pihak musuh daripada mendapatkan air; dalam Perang Uhud, orang Islam menggunakan bukit-bakau di sekitar Uhud dengan cara strategik). Dalam pertempuran ini mereka menggali parit bagi memastikan pasukan berkuda musuh tidak berkesan"




Persinggahan kami diteruskan untuk menziarahi ke Muzium Madinah. Di sini para jemaah diterangkan lokasi peperangan Uhud dan Khandak. Jemaah juga dapat menonton tayangan video berkenaan hijrah Nabi SAW. Di samping itu, kami dapat melihat replika masjid nabi sewaktu awal pembinaan hinggalah pembesaran dan perluasan yang dilakukan oleh khalifah selepas kewafatan nabi. Jemaah juga dapat melihat model masjid nabi dengan rumah isteri-isteri nabi disekelilingnya berserta maqam nabi bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-khattab. Berkunjung di muzium ini dapat memberikan kami lebih banyak pengetahuan akan sejarah Islam yang agung. Alhamdulillah.


Ustaz Nizam memberi penerangan replika masjid nabi
Gelagat para jemaah dengan kostum pakaian perang
Kedudukan rumah dan makam nabi di masjid nabi










Sebagai penutup entri hari ini, kami akan berkongsi dengan jemaah wanita yang sedang haid, boleh baca doa ini untuk mempercepatkan kering darah supaya dapat melakukan ibadah umrah. Insya-Allah.

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
 
doa lain yang boleh di amalkan


Road To Haramain | Raudhah As-Syariff (3)

Alhamdulillah, Allah masih memberikan kami nikmat pada hari ini. Syukur alhamdulillah. Hari ini kami digalakkan untuk berpuasa sunat Isnin bagi yang tidak uzur seperti yang di amalkan Nabi SAW. Dari Abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi). Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
 

Aktiviti kami pagi ini bebas dan kami berpeluang untuk membuat aktiviti seperti i'tikaf, ziarah makam nabi, dan solat sunat di Raudhah Assyarif di Masjid Nabawi yang tidak berapa jauh daripada hotel kami. Kesempatan ini sangat kami syukuri untuk berada di Raudhah kerana ia bererti berada di taman-taman syurga. SubhanaAllah.



 



kami juga berkesempatan untuk pergi ke Masjid 7 yang terletak di sekitar Masjid al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisy dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit/Ahzab). Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang sama sehingga disebut dengan Masjid Tujuh. 




Maidan Al-ahzab merupakan kawasan perang Khandaq iaitu peristiwa pengepungan Madinah selama lebih kurang empat minggu oleh suku-suku dalam kalangan orang Arab dan Yahudi yang bergabung, di mana ia bermula pada 31 Mac 627 M. Kekuatan pihak Gabungan dianggarkan seramai 10,000 orang, diiringi oleh 600 ekor kuda dan sebilangan ekor unta, manakala di pihak Madinah pula terdiri daripada 3,000 orang. Kami sempat mencoretkan kenangan di sana dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.




Allahumma solli a'la Muhammad.. Para jemaah yang berpuasa  pada hari ini mengambil kesempatan untuk berbuka di Masjid Nabawi dan menyedekahkan kurma kepada orang ramai yang turut berbuka puasa di sana bersama-sama. alhamdulillah.

bersambung...